Monday, January 10, 2011

Kalendar 2011 - Edisi Surau Raudhatul Solihin


Salam semua warga Rista Villa. Sesuatu yg baru buat Rista Villa iaitu menghasilkan kalendar sendiri yg di hiasi dengan gambar aktiviti sepanjang 2010. Menurut pengerusi surau en Hazari, surau perlu mencari dana untuk menyiapkan surau masih banyak perlu di sudahkan, di antaranya pagar, bumbung wuduk, simen, tempat iman dan banyak lain. Jadi dengan penjualan kalendar berharga RM10.00 ringgit ini maka anda akan menerima sebuah kalendar untuk kenangan dan juga menderma untuk surau. Apalah sangat RM10.00 jika di bandingkan dengan pahala yg kita dapat demi membantu surau kita. Di harap lebih banyak penjualan dapat di lakukan

ini adalah kalendar yg siap di cetak.

Monday, November 22, 2010

Ibadah Qurban 2010






ibadah qurban 2010 di sambut dengan meriah oleh semua penduduk rista villa, kerana ramai yang tidak pulang ke kampung berikutan cuti yang singkat. rista villa mengorbankan 2 ekor lembu, 1 ekor akikah dan 1 ekor untuk sekolah yg di uruskan oleh pendudukan rista. keseluruhan adalah 4 ekor.

Tuesday, August 24, 2010

Ceriakan Ramadan& Hari Raya anda dengan memiliki sampul duit raya RISTA VILLA


Salam semua berjumpa lagi kita dengan entry seterusnya. Selamat berpuasa, tak lama lagi raya. masing2 akan sibuk menyediakan persiapan raya membuat kuih, membeli baju baru untuk anak dan isteri tak lupa juga yg pergi ke bank untuk pecahkan wang seringgit dan membeli sampul duit raya. ok sebut pasal sampul duit raya, tahun ini Rista Villa telah sediakan design kad raya nya sendiri hasil dari ajk IT Persatuan penduduk Rista Villa en. Tamize. Anda boleh mendownload sampul duit raya ini dan print sendiri untuk digunakan di hari raya tahun ini. Di harap dengan cenderahati yg tak seberapa ini dapat memberi sedikit keseronokan untuk kita semua. sekian terima kasih

Tuesday, August 3, 2010

PEMBINAAN SURAU BARU - RISTA VILLA


















Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, alhamdulilah akhirnya Rista Villa telah dapat membina surau yg baru ini kerana surau yg lama adalah kecil tidak mampu untuk menampung jumlah penduduk yang semakin ramai. Bermula dari kerja awal hingga akhir semuanya di laksanakan sendiri oleh penduduk Rista Villa. Kami bersama KRT ZON D Rista Villa dan Persatuan Penduduk Rista Villa PPRV dan penduduk bersama2 bergotong royong bagi menyiapkan surau yg baru ini. Surau ini di jangka akan siap sebelum bulan puasa dan solat terawih akan di jalankan di surau yg baru ini. Di sini ada beberapa gambar pembinaan surau di Rista Villa. Jika ada yang ini memberi sumbangan kami di Rista Villa mengalu-alukan sumbangan dari anda semua. terima kasih

Tuesday, July 6, 2010

HARI KELUARGA RISTA VILLA 2010






Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, bertemu kita lagi dalam entry seterusnya. Hari Keluarga Rista Villa yg telah berlangsung dengan jayanya pada 04 Julai.2010. Ramai penduduk dan tetamu dari luar yg turut sama menjayakan program ini. Hari keluarga ini di rasmikan oleh Y.B. Dato' Hj.Marsum bin Paing Adun kawasan Dengkil. Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Intergrasi Nasional Negeri Selangor En. Mohd Fithal bin Din.Pelbagai aktiviti telah di jalankan pada hari keluarga tersebut termasuklah mini fun fair antara permainan adalah mulut badut, dart, sepak bola, bola jaring, lontar gelang, golf, futsal, kerusi muzik, pijak tempurung dan banyak lagi. pameran yg terlibat seperti polis, syabas, dan kesihatan. Menurut En. Rushdan iaitu Pengerusi persatuan penduduk rista villa, tahun ini adalah yg paling meriah dari tahun lepas. Di sini ada serba sedikit gambar di hari keluarga tersebut. Untuk melihat gambar yg lebih banyak sila layari fb kami, di sana ada lebih 90 keping gambar sekitar hari keluarga yag di ambil oleh Photographer kami en. tamize.

facebook rista villa -------> http://www.facebook.com/photo.php?pid=1407029&op=1&view=all&subj=1127828330&id=1331442036#!/profile.php?id=100000959178575&ref=ts

Pertandingan memancing RISTA VILLA

RUKUN TERTANGGA DAN PERSATUAN PENDUDUK RISTA VILLA menganjurkan pertandingan memancing tertutup untuk penduduk rista villa sahaja. bayaran di kenakan sebanyak rm10 satu joran. lokasi di lombong besar belakang rista villa. tempat pertama di menangi oleh adik ali dengan lampan seberat 300.5 gram, tempat kedua di menangi oleh tamize dengan lampan seberat 300.3 gram, tempat ketiga dimenangi oleh along dengan lampam seberat 200 gram dan tempat keempat talapia 100gram.





semua pemancing yg terlibat

urusetia


Thursday, April 29, 2010

Program Sihat Dan cergas Demi Perpaduan Anjuran Persatuan Penduduk Pangsapuri Rista Villa & Rukun Tetangga






Program Sihat Dan cergas Demi Perpaduan Anjuran Persatuan Penduduk Pangsapuri Rista Villa & Rukun Tetangga Zon D Rista Villa Bersama Instructor berpengalaman Artis Adilla Idris akan diadakan pada 09-05-2010 Hari Ahad jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Pangsapuri Rista Villa.. Semua penduduk di Tmn Putra Perdana di jemput hadir...



gamabr akan di upload nanti.TQ